Wednesday, 13 June 2012

BOTANICAL EFFECTS



Adunan botani yang dikhususkan untuk memberikan faedah holistik bagi menyerlahkan kulit sihat dan berseri.

Mengandungi kaya antioksida, botani kompleks yang baik untuk kulit anda

Formula dikhususkan untuk semua jenis kulit supaya seimbang dan dipulihkan.

Rejimen yang mudah dengan harga yang sangat berpatutan.

Bebas dari perwarna sintetik dan juga tiada pewangi tambahan.
Sesuai untuk kulit sensitif.

Sesuai untuk kulit yang berbeza iaitu kulit kering, normal dan berminyak.

TIMEWISE SET


Set Miracle (untuk kulit normal dan kering atau untuk kulit berminyak) adalah koleksi premium barangan anti-penuaan yang saling bekerjasama.

Set ini menggunakan sains penjagaan kulit terkini yang dapat memberi and kulit yang kelihatan muda, tidak banyak garis-garis halus dan kedutan, lebih tegang dan warna kulit yang sekata.


Kini dengan Timewise Day Solution lengkap dengan Pelindung Matahari SPF 25* (krim siang) dan TimeWise Night Solution (krim malam). Ia termasuklah:-

TimeWise® 3in 1 Cleanser 127g RM105
Ianya adalah satu produk yang melakukan tiga kerja untuk membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit anda dalam satu langkah mudah. Didapati di dalam dua formula iaitu untuk kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

TimeWise® Age Fighting Moisturizer 100ml RM115
Melembap dan melembutkan kulit anda dengan TimeWise Age-Fighting Moisturiser. Ia membekalkan penghidratan 10 jam denan kompleks berpaten yang membawakan hasil yang ketara. Pilihan formula dari kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

TimeWise® Day Solution SPF25 29ml RM150
TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 25 menghalang ancaman sinar UVA/UVB untuk membantu mencegah garis-garis halus dan pewarnaan tidak sekata sebelum ia berlaku. Peptida yang menenangkan juga membantu melegakan garis-garis ekspresi.

TimeWise® Night Solution 29ml RM150
TimeWise Night Solution memberikan sistem pembekalan mikro kapsul Nutribeads yang mengandungi vitamin dan antioksidan bergabung dengan peptida penguat kolagen untuk membantu memudarkan garis-garis dalam dan kedutan

Set Miracle (untuk kulit normal dan kering) adalah koleksi premium barangan anti-penuaan yang saling bekerjasama. Set ini adalah koleksi premium produk penentang usia yang bertindak bersama untuk membawakan hasil yang cantik dan berupaya meremajakan kulit anda. Ia adalah produk anti penuaan yang luar biasa dari Mary Kay. Ia menjadikan kulit lebih muda. Set ini direka khas utk membantu menghapuskan tanda penuan dan menampilkan kulit yang lebih berseri . Pembersih boleh tahan sehingga 5-6 bulan, pelembab 8-12 bulan dan Day and Night Solution 4 bulan mengikut jumlah yg di ambil.

MELACEP SET

HAPUSKAN kekusaman, MILIKI wajah ceria berseri dengan penggunaan produk MelaCEP.

MelaCEP telah dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu menghasilkan kulit yang lebih cerah, ceria, jernih, mengurangkan pigmentation, dan menjadikan kulit anda lebih berseri-seri.

Antara Set MelaCEP ialah :

1) FOAMING CLEANSER RM120 - Dalam bentuk krim, ia dapat membersihkan muka dari segala kekotoran dan minyak berlebihan secara lembut.

2) FRESHENER/PENYEGAR RM120- Penting selepas menggunakan foaming cleanser. Penyegar lembut ini dapat menanggalkan sisa kotoran, menjadikan kulit berasa segar dan halus.

3) MASK RM160 – masker kaya dengan lembapan ini menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin. Ia juga menjadikan kulit anda nampak bercahaya.

4) DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 RM170 - Mengandungi UV yang dapat melindungi kulit kita dari sinaran matahari.

5) NIGHT CREAM RM170 -Belai dan manjakan kulit anda dengan krim mewah ini ketika anda tidur. Anda pasti akan puashati dengan keputusannya.

6) DARK SPOT SERUM RM170– Pembungkusan dengan bebuli penggelek memudahkan serum jernih ini disapu terus pada bintik hitam bagi mengurangkan keketaraannya dalam jangka panjang. Formula yang dapat memudarkan pigmentation dengan pemakaian berterusan.

7) ESSENCE RM230 - Serum yg cepat menyerap ini penting dalam membantu mendapatkan kulit yang jernih dan cerah.

ACNE PRONE SKIN

Penantian sudah berakhir. Mary Kay System For Acne Prone Skin baru melawan akne dengan system 3 langkah yang canggih. Anda mungkin tak percaya betapa dan berkesannya sistem ini bertindak.

1. Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin- Pembersih jernih, ringan ini segera bertukar kepada busa lembut utk membantu menyingkirkan minyak berlebihan. Ia dibilas bersih tanpa meningggalkan sebarang sisa serta memastikan kulit mati di permukaan tidak menyumbat pori. Formula ini menjadikan kulit bersih, segar dan sedia utk langkah yg seterusnya

2. Spot Solution For for Acne-Prone Skin - Formula ini bertujuan mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan kewujudan akne pd masa akan dtg dgn mengelupas kulit dgn lembut. Krim yg amat berkesan ini pantas meresap dan tidak meninggalkan sisa.

3. Pore-Purifying Serum For for Acne-Prone Skin - Serum jernih bak sutera ini membantu mengawal minyak yg mungkin menyebabkan jerawat. Formula yg kuat ini meluncur licin dan pantas terserap utk mengecilkan pori serta mengurangkan kilat muka .


ACNE BLEMISH SKIN



HEALTHY SKIN

Apakah Acne?
Acne ialah pori-pori yang tersumbat iaitu apabila minyak yang terperangkap di dalam pori-pori kulit berterusan mengeluarkan minyak, pori-pori yang tersumbat semakin membesar dan akan berlakulah iritasi.

Mary Kay Acne Prone Skin bertindak dengan menghalang aktiviti di atas daripada berlaku.
Produk ini yang mengandungi 2% Salicylic Acids meresap ke dalam pori-pori dan bertindak menghalang lebihan minyak yang terperangkap, membantu menghilangkan jerawat dan mengawal pengeluaran minyak.

Terdapat 3 set dalam produk ini.
1.Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin RM70
2. Spot Solution For Acne-Prone Skin RM70
3.Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin RM80

Kesemua produk mengandungi bahan daripada tumbuhan Canadian Willowherb, Sea heather dan burdock root.

Produk ini bertindak untuk menghalang daripada tersumbatnya pori-pori dan membantu mengurangkan lebihan minyak.

Produk ini sesuai untuk mereka yang mengalami jerawat sederhana dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sekiranya anda mempunyai jerawat yang kronik, sila dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu atau ambil antibiotik untuk membunuh kuman.

Jika anda mempunyai Acne,
dan anda mahukan hasil dari MARY KAY, inilah Produk yang paling tepat.
Hanya dalam masa 3 hari, kemunculan acne dapat dikurangkan dan diperbaiki.
(Keputusan keseluruhan diperhati secara menyeluruh terhadap tahap acne semasa kajian secara klinikal yang diuji oleh makmal bebas dibawah perhatian ahli dermatologi.)

Hasil dan keputusannya selepas 3 hari:-
  • Kulit bertambah sihat

  • Clarifying Cleanser menghilangkan lebihan minyak dan membuatkan kulit rasa bersih

  • Pore Purifying Serum dan Spot Solution menolong mengawal minyak dan kilatan tanpa meninggalkan rasa tegang dan kurang selesa serta mengurangkan benjolan jerawat.

Wajah Lebih Sempurna Dari Mary Kay


MARY KAY



Source : - http://www.marykay.com/locator.aspx

ANALISIS KULIT ANDA

:: KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:

• Kedut / garis garis halus
• Bintik bintik hitam (freckles)
• Whitehead ( Milia Seed )
• Hitam di sekeliling mata
• Jeragat (pigmentasi)
• Keseluruhan muka kering dan kusam


:: KULIT MATANG

Kulit jenis ini disebabkan oleh proses penuaan semulajadi. Individu yang berumur akan mengalami proses metabolisma tubuh yang kurang lancar. Situasi ini menyebabkan kulit kelihatan kurang anjal, tidak bermaya serta lebih tebal kerana proses pengelupasan semulajadi mula berkurangan. Selain itu, garis garis halus dan kedutan juga kelihatan.

Masalah masalah yang sering dihadapi adalah seperti berikut:

• Kedut
• Kering, gelap & tak berseri
• Jeragat
• Kesan hitam dan lebam di sekeliling mata


:: KULIT BERMINYAK

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( sebum-akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disamping itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

• Blackhead
• Sebum
• Pori pori terbuka
• Parut
• Keseluruhan muka berminyak


:: KULIT BERJERAWAT
Kulit berjerawat mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:

• Blackhead
• Jerawat
• Parut
• Pori pori terbuka


:: KULIT BIASA/ JERAGAT
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi. Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.


Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

• Kelenjar minyak yang tidak sekata
• Muka kering
• Jeragat (pigmentasi)
• Whitehead ( Milia Seed)


:: KULIT KOMBINASI TANPA JERAWAT

Kulit jenis ini mempunyai dua atau lebih ciri ciri iaitu kulit yang kurang berminyak / kelembaban dan berminyak. Contohnya, bahagian dahi dan hidung adalah berminyak ( T – Zone ) atau normal dan bahagian yang lain adalah kering. Antara punca kulit jenis ini adalah kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditioner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ). Permukaan kulit yang kering adalah lebih luas daripada permukaan kulit yang berminyak / normal.

Masalah masalah yang sering dihadapi adalah seperti berikut:

• Zon T berminyak
• Pipi, tepi muka dan kulit leher yang kering
• Bintik bintik hitam (freckles)
• Blackhead - dibahagian dahi / hidung / Whitehead

BAHAYANYA HIDROKUINON


MEMILIKI raut wajah yang gebu, cerah, licin, halus dan bebas daripada sebarang masalah adalah antara impian sebahagian besar kaum wanita. Tidak hairanlah jika terdapat pelbagai jenama krim pembersih dan pencerah kulit yang dicipta khusus untuk memenuhi keinginan tersebut.

Selain monobenzil, monometil, raksa, asid askorbik dan peroksida, hidrokuinon adalah salah satu bahan yang biasanya digunakan sebagai agen pemutih dalam kosmetik.

Ia adalah sejenis bahan kimia sintetik yang digunakan sejak dahulu lagi untuk mencerahkan kulit. Penggunaan bahan ini sejak dahulu lagi bertujuan menanggalkan sel-sel kulit yang lama, untuk digantikan dengan sel-sel kulit baru. Meskipun ia bukan perkara baru, namun penggunaannya telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa produk disahkan mempunyai kepekatan hidrokuinon berlebihan.Ini kerana adanya aduan daripada mangsa yang mengalami kerosakan kulit dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar selepas menggunakannya.

Dengan dos kepekatan yang tinggi, ia boleh meninggalkan kesan seperti kulit terbakar dan merah berbanding dos yang kecil. Sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang dan didedahkan pula dengan cahaya matahari, ia boleh mengakibatkan terhasilnya tompokan dan bonjolan kekuningan pada kulit yang dikenali sebagai okronosis.

Apabila ini berlaku, tiada kaedah yang dapat mengembalikan kulit menjadi normal. Kepekatan hidrokuinon yang berlebihan bukan saja berbahaya pada kulit, malah boleh menyebabkan keracunan yang serius jika termakan. Jika seseorang termakan dalam jumlah lima hingga 15 gram ia boleh menyebabkan gelugut dan kerosakan sel darah merah.

Jika produk kecantikan yang digunakan mengelupas.. .pedih..kebarang kalian produk tersebut mengandungi racun hidrokuinon adalah tinggi dan ini tidak disedari oleh ramai pengguna.

Pengguna tertarik dengan jaminan bahawa produk tersebut mampu menghilangkan jeragat dan sebagainya …
Memang benar ianya mampu menghilangkan jeragat apabila hidrokuinon mematikan melanin iaitu pewarna dan pelindung semulajadi pada kulit. kulit akan kelihatan putih dalam jangkamasa singkat tetapi pengguna tidak boleh berhenti mengunakan hidrokuinon kerana apabila berhenti walaupun dalam 3-4 hari, kulit akan jadi gelap dan ada juga yang ditumbuhi jerawat dan lebih teruk kulit akan jadi hypersensitif.

Jadi pengguna mengambil keputusan kembali mengunakan produk hidrokuinon dengan alasan tidak sanggup menghadapi masalah kulit apabila berhenti… apa akan jadi selepas 3-4 tahun pengunaan yang berterusan.. ……hidrokuinon akan terus meresap dalam lapisan kedua kulit (dermis) yang mengandungi pelbagai saraf dan saluran darah dan bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dalam jangkamasa panjang seperti sawan, kandungan boleh cacat, koma, kejang otot, kanser kulit dan sebagainya.


Jadilah pengguna bijak dan sayangi diri anda. Jangan kerana inginkan kulit yg putih dari kulit asal, anda sanggup membahayakan diri anda sendiri. Sanggup kah anda melihat kulit muka anda mengelupas?

TIPS ~ APA ITU HIDROKINUN


Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap.

Tuhan tidak akan mencipta sesuatu tanpa fungsi tertentu dan melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari.

Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit.

Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik.

Sebelum anda mencuba mana-mana produk kecantikan, terutama jenama yang tidak pernah didengar sebelum ini, satu perkara perlu diingat iaitu anda memperjudikan bahagian paling penting iaitu muka untuk menerima apa jua kesan sampingan produk berkenaan.

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah anda menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?

Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.

Walaupun diharamkan, masih ada sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil dan monometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti diharapkan kebanyakan wanita.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.

Melihat kesan diharapkan, ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.

Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.

Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.

Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang — dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.

Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.
Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.
Pembelian produk kosmetik adalah satu pelaburan. Justeru, pastikan wang anda dilabur untuk produk berkualiti dan boleh dipercayai.


Proses ini mungkin mengambil masa kerana semua pengeluar mendakwa menggunakan bahan semula jadi dalam produk mereka.

Seperkara lagi, usah cepat terpengaruh dengan penampilan model atau jurucakap sesuatu produk kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan wajah dan kulit yang sememangnya cantik.

Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

Jadilah pelabur bijak kerana pelaburan dalam penjagaan kecantikan bukan hanya membabitkan wang, tetapi masa dan paling penting, kulit muka anda.

Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga tua.
Cara mudah untuk mengesan hidrokuinon adalah dengan memeriksa penutup toner atau krim malam. Sekiranya terdapat kerak-kerak cokelat kehitaman pada penutup toner atau penutup krim malam, maka wujudlah hidrokuinon dalam kosmetik anda. Ataupun anda boleh tuang sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah kepada udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna ke cokelat. Hindari lah produk tersebut kerana dalam jangkamasa panjang ianya akan menyebabkan kanser kulit.

hidrokuinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit)dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. Pilihlah produk yang selamat dan betul-betul bebas hidrokuinon.


BIBIR KERING DAN KUSAM



Ramai di kalangan wanita mengalami bibir kering, kusam dan kehitaman. Biasanya bibir kering mungkin kerana kekurangan air dalam badan. Bibir kusam pula kerana merokok atau pemakaian lipstik yang mempunyai pigment yang tinggi atau di panggil 'LEAD'.


Jadi semasa anda ingin membeli lipstik, selidik dulu samada lipstik tu jenis yg tahan lama atau tidak? Selalunya jenis yg tahan lama akan merosakkan bibir. Lipstik yang murah pun begitu juga, tetapi ada juga lipstik yg berjenama terkenal boleh merosakkan bibir anda. Ini semua adalah kerana kandungan lead tersebut.

Wanita tidak sedar yang apa saja lipstik yang dioles di bibir itu boleh mendatangkan bahaya dan keburukkan akibat bahan yang terkandung di dalam sebatang lipstik.

Adik saya sendiri pernah mengalami kerosakkan bibir yang teruk sehingga tidak boleh bercakap, ketawa, makan dan minum. Beliau rasa terseksa menanggung bibir yang keras berkuping dan bibir juga terasa tebal seolah-olah terdapat satu selaput yang kering tapi tidak boleh dibuang. Telah bermacam-macam lip balm yang dibeli namun tiada hasilnya. Hampir 2 bulan beliau menanggung kesakitan itu. Alhamdulilah selepas beliau mencuba Satin Lips Lip Mask & Satin Lips Lip Balm, bibir beliau telah semakin lembab, kemerah2an dan nampak sihat.
Oleh itu saya ingin berkongsi produk bibir ajaib yang saya rasa telah membantu ramai orang dalam mendapatkan bibir yang lembab, cantik dan menarik.

Produk ini ialah Satin Lips Lip Mask dan juga Satin Lips Lip Balm. Caranya dengan meletakkan sedikit sahaja di hujung jari anda dan sapukan ke bibir, biarkan selama 2 minit, kemudian gosokkan secara membulat sehingga keluar lapisan kulit kering jika ada, bersihkan dan keringkan dan oleskan pula Lip Balm bagi melindungi bibir tersebut. Amat mudah dan tak sampai 5 minit untuk mendapatkan rawatan bibir yang cepat.

Hasilnya bibir menjadi kemerahan, dan nampak lebih tegang serta lembut dan halus. Tak percaya kena cuba dulu baru tahu.

Pemakaiannya hanya sekali seminggu untuk Lip Mask dan untuk hariannya bolehlah memakai Lip Balm sebelum memakai Lipstik.



SEBELUM




SEMASA MEMAKAI LIPS MASK




SELEPAS

CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL

Apa langkah yang paling penting dalam perawatan wajah? Jawapannya mestilah cuci muka. Ini bermakna kita telah menghilangkan segala kotoran dan minyak dari muka kita. Sebahagian besar dari kita, baik wanita maupun lelaki pasti tahu akan hal ini dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi perkara biasa kan.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang perihatin cara mencuci muka yang baik dengan tidak mendapatkan produk pembersih yang bersesuaian, atau mencuci wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu kuat macam mencuci periuk hehehehe.

Di Mary Kay terdapat berbagai jenis yang boleh dipilih bersesuaian dengan kulit anda, dari jenis kulit berminyak hinggalah sensitive. Karena itu, anda perlu memperhatikan lebih dulu, pembersih apa yang sesuai untuk jenis kulit wajah dan saya sedia membantu anda bila bila masa.

Jika kulit anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu mengangkat kelebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum. Ini terdapat di dalam botanical F3 atau Timewise oily to combination. Sedangkan untuk jenis kulit kering dan sensitif, gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandung pelembap iaitu botanical F1 atau Timewise normal to dry.

Bagaimana Cara Mencuci Muka yang betul?
Langkah 1. Cuci Tangan
Ingat selalulah cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa disadari, sangat banyak bakteri yang melekatl di tangan kita, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran terdapat pada tangan akan berpindah pula ke wajah kita. Gunakan sabun dan cuci tangan sebersih-bersihnya.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah kita juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin ada pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika kita membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka. Gunakanlah eye makeup remover Mary Kay. Ia berformula lembut dan amat sesuai dengan segala jenis kulit. Bersihkanlah bahagian mata terlebih dahulu dan diikuti bahagian bibir.

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan dapat membersihkan muka kita lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan kita. Letakkan sedikit air dan gosokkan di telapak tangan hingga berbusa, dan usapkan secara lembut dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa pencuci tak terasa lagi di wajah kita. Gunakan air bersih. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Langkah 7. Gunakan Penyegar
Adalah sangat disarankan menggunakan penyegar setelah mencuci muka. Penyegar berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan penyegar secukupnya ke wajah dengan kapas yang bersih.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Sapukankan moisturizer setiap habis membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga bahwa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.

SOLEKAN RINGKAS KE PEJABAT



Adakah anda malas nak bersolek atau anda tatau camna caranya nak bersolek secara ringkas terutamanya wanita yang berkerja. Sudah tentu pagi tu memang masa amat terhad, mana nak siapkan anak ke sekolah, mana nak siapkan anak2 yg ke nursery kan. So kat sini haneem nak bagi tips solekan seringkas yang boleh ok.

Peralatan asas yang anda perlu ada untuk mendapatkan erti kata bermekap ialah :-

i) Bedak Asas/Foundation
ii) Bedak Compact/Loose/Tabur
iii) Eye Colour
iv) Pencil liner/Liquid eye colour/Mascara
v) Blusher/Cheek colour
vi) Lipstik/Lip Gloss

Memula kita kena pastikan muka kita bersih dari air, peluh, make up atau pun minyak. Maknanya setiap kali nak bersolek kita kenalah cuci muka dengan cleanser. Jangan lupa freshner, moist dan segala extended care Mary Kay yang ada.

Kemudian sapukan foundation yang sesuai ke wajah. Titik-titikan di muka, dahi, hidung dan dagu. Kemudian sapu secara rata ke seluruh muka.

Loose powder atau mineral powder dipakai setelah memakai foundation. Loose/mineral powder ini mampu menyerap minyak dan menutup pori-pori pada wajah anda. Pastikan anda tidak menyapunya terlalu tebal. Gunakanlah berus yang sesuai. Bedak loose/mineral membuatkan wajah anda nampak lebih segar dan rata. Kemudian anda boleh menyapukan sedikit press powder. Kelebihan press powder ini ialah ia dapat menutupi segala lingkaran hitam dan muka nampak neutral.

Kemudian sapukan sedikit cheek colour/blusher dimana ia mempunyai berbagai warna pilihan yang menarik.

Sapukan eye colour yang berunsurkan powder, pilihlah warna yang berunsurkan semulajadi atau warna yang sesuai dengan pakaian yang hendak digayakan. Gunakan liquid eye liner, pencil liner, kemaskan kening menggunakan Brow Definer pencil dan akhir sekali maskara.

Akhir barulah anda gunakan lipstik. Pilihlah lipstik yang sesuai dengan warna kulit dan warna pakaian yang hendak digayakan. Jangan lupa lekapkan dengan tisu untuk menampakkan kesan semula jadi. Kemudian calitkan sedikit lip gloss. Hanya sapukan di tengah2 bibir, tidak perlu disapukan ke semua bibir anda.

Akhir sekali gunakanlah deodrant dan perfume pilihan agar anda berbau harum sepanjang hari. Ini akan menambahkan keyakinan anda sepanjang masa.

Harus diingat, jangan anda bermakeup di dalam bilik yang gelap dan lampu yang malap. Ini akan merosakan make up anda, mana tau eye liner tebal sebelah, foundation tidak rata atau pun blusher merah sebelah hehehehe. Selamat mencuba ye. Anda akan kelihatan segar, manis sepanjang masa.

How To Order

STEP 1
choose your item(s).


STEP 2
Email me at Nadiamk.product@gmail.com


STEP 3
Wait for my reply by email.


STEP 4
Make your payment to my account, which will be sent to you once your email has been received.


STEP 5
Inform me via email immediately once payment (proof of payment) has been made then I can proceed to deliver your goodies and also pls include your name, mobile no., & full address.


Important info :-

Method of payment cash only
Bank account to be advised through email.
Postage info

Poslaju: >rm6
Additional charges may apply depending on weight of item