:: KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
• Kedut / garis garis halus
• Bintik bintik hitam (freckles)
• Whitehead ( Milia Seed )
• Hitam di sekeliling mata
• Jeragat (pigmentasi)
• Keseluruhan muka kering dan kusam
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat - ubatan (medications – Roaccutane).
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
• Kedut / garis garis halus
• Bintik bintik hitam (freckles)
• Whitehead ( Milia Seed )
• Hitam di sekeliling mata
• Jeragat (pigmentasi)
• Keseluruhan muka kering dan kusam
:: KULIT MATANG
Kulit jenis ini disebabkan oleh proses penuaan semulajadi. Individu yang berumur akan mengalami proses metabolisma tubuh yang kurang lancar. Situasi ini menyebabkan kulit kelihatan kurang anjal, tidak bermaya serta lebih tebal kerana proses pengelupasan semulajadi mula berkurangan. Selain itu, garis garis halus dan kedutan juga kelihatan.
Masalah masalah yang sering dihadapi adalah seperti berikut:
• Kedut
• Kering, gelap & tak berseri
• Jeragat
• Kesan hitam dan lebam di sekeliling mata
:: KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( sebum-akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disamping itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.
Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
• Blackhead
• Sebum
• Pori pori terbuka
• Parut
• Keseluruhan muka berminyak
:: KULIT BERJERAWAT
Kulit berjerawat mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.
Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
• Blackhead
• Jerawat
• Parut
• Pori pori terbuka
:: KULIT BIASA/ JERAGAT
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi. Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.
Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
• Kelenjar minyak yang tidak sekata
• Muka kering
• Jeragat (pigmentasi)
• Whitehead ( Milia Seed)
:: KULIT KOMBINASI TANPA JERAWAT
Kulit jenis ini mempunyai dua atau lebih ciri ciri iaitu kulit yang kurang berminyak / kelembaban dan berminyak. Contohnya, bahagian dahi dan hidung adalah berminyak ( T – Zone ) atau normal dan bahagian yang lain adalah kering. Antara punca kulit jenis ini adalah kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditioner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ). Permukaan kulit yang kering adalah lebih luas daripada permukaan kulit yang berminyak / normal.
Masalah masalah yang sering dihadapi adalah seperti berikut:
• Zon T berminyak
• Pipi, tepi muka dan kulit leher yang kering
• Bintik bintik hitam (freckles)
• Blackhead - dibahagian dahi / hidung / Whitehead
No comments:
Post a Comment